Assalamualaikum..
Dalam kehidupan seharian,kita sememangnya tidak lari daripada persaingan.Tak kira dalam apapun perkara sama ada dalam pelajaran,sukan,perniagaan,jawatan, serta apa jua peluang yang wujud di sekililing kita.Artikel saya hari ini bukan untuk membicarakan cara persaingan tetapi luar dari kebiasaan.
Ya,”think out of the box and look the big picture“.Mungkin ramai orang yang tak perasan siapakah saingan terhebat pada diri sendiri.Kawan? ataupun Lawan?Jawapannya adalah diri anda sendiri.Pelik bukan?
Mari saya tunjukkan,katalah anda adalah seorang ahli perniagaan ataupun sales person(sebab saya pun dalam bidang ni),anda pasti mempunyai saingan anda sama ada teman anda ataupun orang lain.Sebenarnya anda boleh mendapat kejayaan tahap maksimum apabila bersaingan dengan musuh/lawan utama yang paling hebat iaitu diri sendiri.Bagaimana?
Apabila diri anda kata tidak boleh,anda kata boleh.Anda lakukan perkara yang luar dari kebiasaan(biasanya tabiat diri yang tak baik).Lipatkali gandakan usaha,fokus,disiplin anda sehingga dua kali ganda berbanding biasa.Lakukan perkara yang anda sebelum ini tak yakin boleh melakukannya.Zon selesa anda akan berubah dari satu tahap ke tahap yang lebih baik.
Sebagai contoh,anda biasanya bangun jam 7 pagi setiap hari.Untuk menyaingi diri sendiri,anda hendaklah bangun lebih awal dari kebiasaan iaitu jam 6 atau jam 5.Memang sukar,tetapi untuk berjaya kita kendaklah meningkatkan tahap prestasi ke paras maksima.Anda kena aplikasikannya dalam apa jua yang anda lakukan.Ya hal ini diperakui dan diaplikasi oleh mereka yang telah berjaya ataupun dengan kata lain yang telah bergelar JUTAWAN!!
The greatest challenge is challenge oneself..setuju?
Ingat,”manusia yang hebat adalah mareka yang berjaya menguasai diri mereka sendiri“.Sekiranya anda melakukannya secara konsisten,InsyaALLAH anda akan menjadi lebih hebat dan seorang lawan yang sukar untuk ditewaskan satu hari nanti.Jangan berlengah lagi,lakukannya hari ini..Jumpa anda di puncak kejayaan.
Semoga Sukses.