Tuesday, June 12, 2007

Jutawan Terunggul

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya pasti ramai orang nak jadi jutawan dalam apa pun bidang anda di luar sana.Bagi saya jutawan terunggul adalah jutawan ilmu.Sekiranya anda hendak menjadi jutawan dalam apa pun bidang anda,anda hendaklah mendalami bidang dengan ilmu melalui bahan2 bacaan..

Saya mula berminat untuk memasuki kancah perniagaan sejak berumur 18 tahun lagi dan sudah menyertai pelbagai jenis perniagaan.Saya mendapati bukannya mudah untuk berjaya dan memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup luas dan tinggi.Sebab tu kita tengok orang yang berjaya dalam sesuatu bidang ni biasanya mereka yang dah cukup expert dalam bidang mereka.

Saya amat berminat belajar mengenai kejayaan dan kekayaan dalam realiti hidup sebenar.Apa yang perlu saya lakukan adalah dengan banyak membaca dan mendapat ilmu dari mereka yang berjaya..Saya juga amat menyukai tip2 motivasi dari Dr.Irfan Khairi yang merupakan Jutawan Internet termuda Malaysia dan amat mengagumi beliau.InsyaALLAH saya akan mengikuti jejak langkah seprti beliau satu hari nanti.Amin.

Kini terdapat banyak buku2 motivasi,rahsia2 kejayaan dan kisah2 kejayaan dari pakar2 dan mereka yang telah bergelar JUTAWAN!!.Kini terpulang pada anda untuk mengambil peluang dan mulakan perjuangan anda untuk mencapai kejayaan sejati.Jadilah JUTAWAN TERULUNG walau apa pun bidang anda kerana ianya terletak pada anda sendiri..

Setakat sini saja dulu.Jumpa anda di puncak kejayaan.

Semoga sukses.

Posted by cyreyzan at 02:43:18
Comments

One Response to “Jutawan Terunggul”

  1. reynage says:

    yap.betul apa yang anda katakan..saya akan juga berminat dengan tip dr,irfan khairi..semoga awak sukses juga.

Leave a Reply